Pencetus minda masa kini dari org Kg. Padang Malau Mukim Beseri Perlis

Wednesday, June 10, 2009

Re-Union Sekolah Menengah Tengku Suleiman Tunjong Perlis


IMBASAN MAJLIS MKN MLM!!!! SMTS - 1984
24hb May,2009 (Putra Palace, Perlis)

Mengimbas kembali kenangan selama 25 tahun tak pernah berjumpa bersama-sama setelah masing-masing meninggalkan alam persekolahan di Sekolah Menengah Tengku Suleiman (SMTS), Tunjong Perlis.

Malam bersama-sama pelajar tahun 1984, jamuan makan malam yang telah ditaja oleh Dato' Shahidol (bekas pelajar SMTS - 1994). Terima kasih berbanyak kepada Ybhg Dato' Shahidol.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kesudian Ybhg Dato' Seri Dr. MD Isa bin Sabu (MB Perlis) yang juga bekas tenaga pengajar di SMTS. Terima kasih bebanyak kepada semua guru yang sudi datang untuk bertemu kami yang telah 25 thaun meninggalkan alam persekolah.

Semua kenangan manis dan kenakalan masa lampau telah diterjemahkan kepada suatu majlis yang julung kalinya diadakan pada malam 24hb May, 2009. Pada saya majlis ini amat bermakna dan telah mencapai targetnya yang tersendiri.

Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan tak lupa juga kepada Pengurusi Majlis Malam Bersama Pelajar SMTS 1984 iaitu Dato' Shahidol. Moga Allah membalas budi dan segala usaha baik beliau.

Layan tengok gambar - gambar yang sempat diambil semasa majlis berjalan...maaf kerana kualiti gambar yang kurang memuaskan..kamera murah!!! kalau ada yang lagi elok email pada saya add... mna1035@gmail.com



Perasmian yg disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. MD Isa bin Sabu (MB Perlis)

YAB Dato' Seri Dr. MD Isa (kiri) dan Dato' Shahidol (Kanan) yang ditengah tukang kacau malam Reunion SMTS (saudara Elami selaku MC)

Dari kiri : Cikgu Rashid Che Rose (Kadet), Cikgu Rosli (Pertukangan), Cikgu Mat Zain (Sir Alex Fugeson SMTS) dan Cikgu MD Noor

Dato' Shahidol tgh layan lagu "Tiada Ada Dusta antara KITA"....hancur


Gambar Kekwn yang Datang

Dari kanan : Mat Ali Hakim (Pegawai Penguatkuasa MPK), Roslan (Lan Pak Din@Eron), Jelani (Tok Uban - dah botak) dan Rakan yg saya tak ingat nama dia

Gambar Lan Eron lagi!!!

Hanizul Nayan (Don Nyan yang duduk berdiri) tgh kampen Mai Mkn Sayur bebanyak!!!


YB Amir (Mat Hansem Santan)

Kaum ibu yang datang....masing-masing ada memories yg tersendiri

Gambar beramai-ramai...tak muat pentas!!!

Bekas Guru yang banyak menabur jasa pada murid-2 SMTS

Man Baharom layan awek lama dia kot....

ASP Kamal Baharin tgh interview....

TERIMA KASIH DAUN KELADI...LAIN KALI KITA BUAT LAGI!!!




No comments:

Post a Comment